Bahasa Melayu

Xi Utus Tahniah Forum Hak Asasi Selatan-Selatan

CRI2021-12-08 16:47:59
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Presiden China, Xi Jinping mengutus surat tahniah sempena perasmian Forum Hak Asasi Selatan-Selatan 2021 di Beijing hari ini.

Xi berkata, hak asasi merupakan simbol kemajuan peradaban manusia. Adalah menjadi aspirasi bersama untuk melindungi nyawa, nilai dan maruah manusia, serta memastikan hak asasi dinikmati semua.

Justeru, menjadi tanggungjawab semua negara untuk mendahulukan rakyat dan meletakkan aspirasi rakyat terhadap hidup lebih indah sebagai sasaran perjuangan.

Beliau turut menegaskan, rakyat pelbagai negara mampu memilih jalan pembangunan hak asasi secara kendiri mengikut keadaan negara masing-masing.

China bersedia bersama-sama negara membangun lain terus menyemarakkan nilai sepunya umat manusia, mengamalkan multilateralisme sebenar, sekali gus menyumbang kepada usaha memajukan hak asasi di peringkat global.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn