Bahasa Melayu

Komuniti Antarabangsa Sokong Olimpik Beijing 2022

CRI2021-12-08 14:41:47
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing menyatakan bahawa sokongan terhadap temasya tersebut daripada masyarakat dan komuniti sukan antarabangsa adalah bersifat konsensus.

Memetik Piagam Olimpik, jawatankuasa tersebut berkata bahawa badan sukan sepatutnya mengekalkan dasar politik berkecuali dalam sukan Olimpik, serta menentang agar acara sukan dan atlet digunakan bagi tujuan politik dan komersial secara sewenang-wenangnya.

"Acara sukan yang dipolitikan sudah melanggar semangat Piagam Olimpik, sekali gus menjejaskan kepentingan bersama atlet dan keluarga besar Olimpik.

"Sukan Olimpik Musim Sejuk pula merupakan temasya sukan pelbagai negara sedunia dan pentas disediakan kepada atlet untuk bersaing secara adil," jelas jawatankuasa itu dalam satu wawancara pada Selasa.

Difahamkan, penganjuran Sukan Olimpik Musim Beijing akan menyemarakkan rakyat sedunia untuk berganding bahu melawan wabak dan melaksanakan semangat Olimpik yang “lebih bersatu padu” berikutan penularan wabak dan kemerosotan ekonomi sedunia buat masa kini.

Menurut jawatankuasa itu, pemimpin dari pelbagai negara juga telah menyampaikan sokongan kuat terhadap Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing melalui pelbagai kaedah.

"Dalam Sidang Kemuncak Negara BRICS dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) misalnya, Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing jelas mendapat sokongan dan direkodkan sebagai acara penting.

"Manakala, pertemuan Menteri Luar China, Rusia dan India serta Sidang Peringkat Menteri Forum Kerjasama China-Afrika turut menyokong Olimpik Musim Sejuk Beijing, sementara Deklarasi Sidang Kemuncak Rom Pemimpin Kumpulan G20 pula menyifatkan temasya tersebut sebagai peluang penting untuk atlet pelbagai negara bertanding dan ia juga adalah simbol kegigihan manusia," kata jawatankuasa itu lagi.

Untuk rekod, Perjanjian Kedamaian Sementara Olimpik Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing telah digubal secara bersama oleh Jawatankuasa Sukan Olimpik China dan Antarabangsa serta turut diluluskan dalam Perhimpunan Agung PBB ke-76.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn