Bahasa Melayu

Prestasi Import, Eksport China Lebih Kukuh

CRI2021-12-08 13:10:24
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Jumlah keseluruhan import dan eksport dagangan China menyaksikan peningkatan 22 peratus bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini, jauh melebihi saiz direkod tahun lalu.

Angka terkini Pentadbiran Am Kastam (GAC) menunjukkan, jumlah nilai berkenaan melepasi 35 trilion yuan (RM23.23 trilion), antaranya ASEAN yang menyumbang 5.11 trilion yuan (RM3.39 trilion), diikuti Kesatuan Eropah (EU) sebanyak 4.84 trilion yuan (RM3.21 trilion) dan Amerika Syarikat (AS) 4.41 trilion yuan (RM2.93 trilion).

Dicatatkan bahawa ASEAN kekal rakan dagang terbesar China, dengan sumbangan sebanyak 14.4 peratus.

Selain itu, jumlah import dan eksport antara China dengan negara-negara terlibat Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) juga menokok 23.5 peratus kepada 10.43 trilion yuan (RM6.92 trilion) bagi tempoh yang sama.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn