Bahasa Melayu

Sita Produk Xinjiang, Tindakan Seperti Melanun

CRI2021-12-07 15:31:06
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Beijing mengecam penyitaan produk Xinjiang oleh kuasa anti-China dari Amerika Syarikat (AS) dengan dalih wujudnya "buruh paksa" di wilayah itu, sebagai tindakan seperti melanun.

Jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian dalam sidang media pada Isnin mengulangi bahawa tiada pengambilan buruh paksa berlaku di Xinjiang. Penduduk tempatan memilih kerjaya secara sukarela dan bebas mengikut minat masing-masing.

Katanya, perbuatan AS melakukan manipulasi politik, mencampuri urusan dalaman negara lain serta mengganggu rantaian perindustrian dan bekalan global atas nama "hak asasi", pasti akan menemui kegagalan.

Jumaat lalu, seorang pegawai kanan kerajaan AS dalam satu sesi taklimat mendakwa tindakan telah diambil untuk menghalang produk keluaran Xinjiang daripada memasuki pasaran AS.

Zhao berkata, kelakuan tersebut bukan sahaja menjejaskan pembangunan sektor perindustrian dan pekerjaan penduduk Xinjiang, tetapi juga merugikan kepentingan semua pengguna termasuk pengguna AS sendiri.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn