Bahasa Melayu

Xi: Galakkan Pengamalan Agama dalam Konteks China

CRI2021-12-04 22:06:14
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Presiden China, Xi Jinping menyatakan, kerja keagamaan perlu dijalankan dengan menepati dasar kebebasan beragama pada zaman baharu, selain berpegang kepada panduan menyelaraskan pengamalan agama dengan masyarakat sosialis.

Demikian dinyatakan Presiden Xi ketika menyampaikan ucaptama dalam sidang kerja keagamaan negara yang berlangsung pada 3 hingga 4 Disember ini.

Menurut Xi, keupayaan tabir urus agama perlu ditingkatkan untuk memandu para penganut agama berusaha bersama dengan rakyat lain demi membina negara sosialis moden yang kuat dan mewujudkan kebangkitan nusa dan bangsa China.

“Kerajaan pusat menumpukan kepada kerja keagamaan dan membuahkan hasil yang menggalakkan dalam inovasi dan penambahbaikan mekanisme dan sistem kerja berkenaan.

“Kerja keagamaan berkenaan bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran tokoh-tokoh dan penganut agama tentang pentingnya untuk belajar, mematuhi dan menggunakan undang-undang serta membangkitkan semangat patriotik mereka, tetapi juga memupuk perasaan kekitaan mereka terhadap tanah air, bangsa, kebudayaan dan sosialisme yang bercirikan China,” kata Xi.

Xi turut menuntut jabatan berkenaan berpegang kepada dan membangunkan teori keagamaan dalam konteks sosialisme yang bercirikan China untuk mengeratkan hubungan antara para penganut agama dengan kerajaan dan parti, membina ikatan keagamaan yang sihat dan positif, di samping meningkatkan tahap tabir urus agama di sisi undang-undang.

“Dasar kebebasan beragama perlu diamalkan secara lengkap dan tepat dengan menghormati agama dan kepercayaan para penganut.

“Sebagai jambatan yang menghubungkan kerajaan dan parti dengan tokoh-tokoh dan penganut agama, pelbagai pertubuhan keagamaan perlu diberi sokongan dan bantuan, selain menghormati dan memainkan peranan pertubuhan tersebut dalam urusan agama. ”kata Xi.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn