Bahasa Melayu

China Sedang Percepat R&D Vaksin Varian Omicron

CRI2021-12-03 15:57:08
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

China sedang mempercepatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin COVID-19 khusus untuk membendung varian baharu, Omicron. Demikian dinyatakan ketua kumpulan kerja R&D vaksin, pasukan penyelidikan sains, mekanisme pencegahan dan kawalan bersama Dewan Negara China, Zheng Zhongwei ketika ditemu ramah oleh wartawan Kumpulan Media China (CMG) Khamis lalu. Menurut Zheng, vaksin keluaran China mempunyai kesan yang ketara terhadap jangkitan yang disebabkan pelbagai varian virus utama yang menular di kawasan berbeza serta penularan semula selepas jangkitan. Kesannya juga amat ketara dalam mencegah penyakit parah dan kematian. Sejak varian virus COVID-19 pertama dikesan, penyelidikan persediaan terhadap vaksin varian virus telah dimulakan di China."Kami sedang mempercepatkan R&D vaksin varian Omicron bagi membuat persiapan jika ada keperluan suatu hari nanti," katanya.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn