Bahasa Melayu

Peng Liyuan Seru Perpaduan Tangani AIDS

CRI2021-12-01 14:21:40
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Sempena "Hari AIDS Sedunia" ke-34, aktiviti bertemakan "Hari AIDS Sedunia" tahun 2021 dan sambutan ulang tahun ke-10 Sekolah Riben Merah Linfen berjaya diadakan di China hari ini.

Peng Liyuan, isteri Presiden China Xi Jinping dan duta muhibah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk tuberkulosis dan HIV/AIDS, menyampaikan salam kepada pelajar Sekolah Linfen Red Ribbon menerusi video dalam aktiviti tersebut.

Beliau mengimbau kembali kemesraan dengan guru dan pelajar sekolah itu sepanjang 10 tahun yang lalu, di samping menggalakkan para pelajar mencontohi jasa baik daripada teladan di sekeliling mereka, menyampaikan kasih sayang, meningkatkan kebijaksanaan, selain menyampaikan mogaan baik kepada mereka agar sihat dan membesar dengan gembira.

Aktiviti ini menjadikan Sekolah Riben Merah Linfen sebagai epitome yang menunjukkan kemajuan positif yang dicapai dalam pencegahan dan kawalan AIDS di China, dan menyeru orang ramai berusaha bersama demi menangani penyakit AIDS.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn