Bahasa Melayu

China Bersiap Sedia Hadapi Omicron

CRI2021-12-01 14:37:19
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Reagen ujian asid nukleik (NAT) utama China berkemampuan untuk mengesan varian baharu COVID-19, Omicron, lapor Institut Kawalan dan Pencegahan Penyakit Virus Nasional (IVDC).

Pengarahnya, Xu Wenbo berkata, China sudah bersiap sedia untuk melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin khusus untuk menangani Omicron.

“Banyak penyelidikan persediaan sudah selesai, membabitkan tiga teknologi vaksin untuk mutasi baharu COVID-19 ini, antaranya vaksin virus ternyahaktif, vaksin protein dan vaksin berasaskan vektor.

“Beberapa syarikat China telah pun melancarkan perancangan peringkat awal untuk vaksin berkenaan,” kata Xu kepada media di Beijing, pada Selasa.

Menurut beliau, setakat 30 November, selain Hong Kong, tiada kes dikaitkan dengan varian baharu Omicron dilaporkan di wilayah lain di China.

Dalam pada itu, pakar dari Akademi Sains Perubatan China, Qian Zhaohui menyatakan, varian tersebut merebak dengan sangat pantas berdasarkan data epidemiologi terkini di Afrika Selatan.

Bagaimanapun, beliau berkata masih belum jelas sama ada Omicron akan menggantikan Delta sebagai varian dominan di dunia kerana ia memerlukan suatu tempoh sebelum diketahui perinciannya.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn