Presiden Xi akan Saksikan Pengoperasian Perkhidmatan Kereta Api China-Laos
Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun Sisoulith akan mengadakan pertemuan secara maya dan bersama-sama menyaksikan pengoperasian perkhidmatan kereta api China-Laos menerusi video dalam talian pada 3 Disember.