Bahasa Melayu

China Mahu Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Afrika Bertahap Tinggi

CRI2021-11-29 22:12:41
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Presiden China, Xi Jinping mengemukakan cadangan untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Afrika bertahap tinggi pada era baharu.

Ketika menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Persidangan Menteri-Menteri ke-8 Forum Kerjasama China-Afrika(FOCAC) menerusi sidang video malam ini, Xi mencadangkan China dan Afrika terus bergabung tenaga untuk melawan pandemik COVID-19, selain memastikan akses dan mampu milik vaksin di Afrika.

Di samping itu, kedua-dua pihak juga disarankan memperkasa kerjasama pragmatik, berkongsi pengalaman dalam perjuangan membasmi kemiskinan, selain meningkatkan kerjasama ekonomi digital.

“Usaha hendaklah dilakukan demi mengamalkan konsep hijau dan rendah karbon, membangunkan tenaga boleh baharu secara aktif, dan terus meningkatkan keupayaan pembangunan mampan.

“Cadangan yang adil negara membangun perlu dipertahankan, tuntutan dan kepentingan bersama negara membangun juga perlu diubah menjadi tindakan bersama,” kata Xi.

Sementara itu, Xi Jinping juga mengumumkan, memandangkan sasaran Kesatuan Afrika(AU) tentang sebanyak 60% daripada populasi Afrika menerima suntikan vaksin COVID-19 menjelang 2022, China akan menyediakan lagi sebilion dos vaksin kepada Afrika, antaranya 600 juta dos disumbangkan secara percuma, dan 400 juta dos pula akan disediakan melalui pengeluaran bersama syarikat China dan negara Afrika terlibat.

Dalam pada itu, China juga akan membantu negara Afrika melaksanakan 10 projek perubatan dan kesihatan serta menghantar pasukan perubatan dan pakar kesihatan awam yang melibatkan 1,500 anggota ke benua itu.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn