Bahasa Melayu

Presiden FIL Puji Venue Olimpik Beijing 2022

CRI2021-11-26 15:33:51
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Einars Fogelis, Presiden Persekutuan Luge Antarabangsa (FIL), memuji penganjuran Minggu Latihan Antarabangsa FIL Luge di Beijing selepas mengadakan lawatan pemeriksaan Pusat Geluncur Nasional iaitu venue untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

"Kita telah bersama-sama melakukan kerja yang hebat minggu lalu dan juga minggu ini, dan saya sangat berterima kasih kepada pasukan operasi atas kerja keras ini," kata Fogelis.

Dalam pada itu, Fogelis turut menyatakan bahawa pada Piala Dunia dan Sukan Olimpik Luge yang akan datang, venue itu adalah hadiah terbaik untuk para atlet.

"Trek itu kelihatan menakjubkan dan kita berada di landasan yang tepat untuk Sukan Olimpik yang hebat," tambahnya.

Untuk rekod, Pusat Geluncur Nasional, yang terletak di zon pertandingan Yanqing, akan menjadi tuah rumah kepada acara bobsleigh, skeleton dan luge semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Manakala. Piala Dunia Luge pula dijadual akan bermula pada hari Jumaat.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn