Legenda Sina Dingzhu- Anak Shangrila
Episod Ketiga: Lelaki Kampung Berjaya di Bandar
Pada tahun 1977, Sina Dingzhu yang berumur 13 tahun telah menjadi seorang remaja dengan tubuh badan yang kuat dan besar, walaupun mata kiri hilang penglihatan. Sina berazam untuk mencari rezeki di dunia luar tanpa mempedulikan pujukan dari ibu bapa.
Akhirnya, Sina membawa 25 kilo batu kristal asli dan keluar kampung dari jalan kecil yang sangat berbahaya itu. Dengan pinjaman wang RMB400 (RM 253.56), Sina pergi ke bandar Guangzhou menjual batu kristal dan memperolehi RMB 9,000(RM5,930). Pada masa itu, gaji seorang pekerja hanya RMB50(RM32.9) sebulan.
Kemudian, Sina membeli barang hidupan seharian di bandar Guangzhou dan menjual di bandar Kunming tanpa mengenal siang dan malam untuk mendapat keuntungan lebih banyak.
Beberapa tahun telah berlalu, Sina menjadi kaya dan mempunyai syarikat berdaftar sendiri. Dia tinggal di bandar dengan memandu kereta mewah. Tetapi dia tidak pernah lupa impian yang telah lama tertanam sejak kecil.
Episod Keempat: Sina Dingzhu Kejar Impian
Pada tahun 1999, Sina menjual semua harta dan mendapat RMB 40 juta (RM 26.35 juta). Dengan wang itu, Sina mendaftar Syarikat Pelancongan Balagezong dan membina jalan sepanjang 35 kilometer di kampung halaman, sekali gus mengubah keadaan kampung itu yang sebelum ini tidak dikunjungi ramai kerana keterbatasan pengangkutan dan penginapan. Setelah jalan selesai dibina, Sina giat berusaha untuk menyelesaikan masalah bekalan elektrik dan telekomunikasi di kampong miskin itu.
Dengan sokongan jabatan kerajaan tempatan, Sina Dingzhu juga berbelanja RMB1.6 bilion(RM1.05 bilion) untuk membina destinasi pelancongan Balagezong peringkat kebangsaan. Dia menggalakkan penduduk kampungnya terlibat dalam pembinaan dan pengoperasian destinasi pelancongan bagi menjana pendapatan mereka. Projek itu bukan sahaja mencipta lebih 500 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, tetapi juga membantu penduduk di kampungnya keluar daripada belenggu kemiskinan.
Pada 2017, beberapa pedagang dari provinsi Guangdong datang melawat kampung itu. Dan pada tahun berikutnya, mereka berganding bahu dengan penduduk tempatan dalam membangunkan tasik Xueda di kaki Gunung Salji Meili.
Mereka membina hotel percutian, menubuhkan rumah penginapan dan menawarkan makanan yang dimasak dengan menggunakan bahan makanan organik.
Dengan kunjungan lebih ramai pelancong, syarikat yang dibiayai Guangdong itu memberikan separuh daripada pendapatannya kepada penduduk kampung, dengan RMB10,000(RM6,590) setiap tahun diperuntukkan untuk setiap isi rumah.
Dengan perkembangan industri penternakan dan pelancongan luar bandar, pendapatan per kapita di Jiangpo meningkat daripada RMB8,000(RM5271) pada 2016 kepada RMB26,600(RM17,526) pada 2019.
Gunung Salji Meili yang terletak di seberang kampung semakin menjulang tinggi dan menyaksikan perubahan dramatik dalam kehidupan penduduk kampung Tibet.