Bahasa Melayu

"Shenhai-1" Beroperasi Penuh

CRI2021-11-25 15:37:11
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

"Shenhai-1", medan gas asli dasar laut sedalam 1,500 meter yang pertama di China dilaporkan mampu menghasilkan gas sebanyak 10 juta meter padu sehari, iaitu mencapai puncak pengeluaran yang dijangkakan lebih awal.

Demikian diumumkan Syarikat Minyak Luar Pesisir Negara China (CNOOC) semalam.

"Shenhai-1" yang terletak di 150 kilometer dari bandar Sanya, provinsi Hainan, adalah medan gas asli yang paling dalam dan paling sukar diteroka di China, dan dijangka akan membekalkan gas asli sebanyak 3 bilion meter padu setahun kepada Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macao dan Hainan.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn