Bahasa Melayu

Kerjasama Penyiaran Acara Sukan CMG-Macao

CRI2021-11-25 11:36:02
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

China Media Group (CMG) dan Telediffusion of Macao Co., Ltd menandatangani Surat Kebenaran Media Acara Sukan pusingan baharu di Guangzhou semalam.

CMG telah memberi mandat kepada pihak Macao untuk menyiarkan CCTV-16 semasa berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing dan Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu.

Ini merupakan salah satu langkah CMG untuk menjadikan Macao semakin relevan dalam pelaksanaan dasar kebudayaan kebangsaan dan terus mengintensifkan kerjasama strategik dengan Macao.

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Macao, He Yicheng, Naib Ketua Pengarah Jabatan Publisiti China yang juga sekalu Presiden CMG, Shen Haixiong telah menghadiri upacara penandatanganan dan menyampaikan ucapan.

Shen Haixiong menekankan bahawa surat kebenaran yang baharu tentang penyiaran acara sukan ditandatangani untuk memudahkan penduduk Macao menikmati acara sukan yang menarik di samping berkongsi pencapaian kemakmuran tanah air.

He Yicheng pula mengucapkan terima kasih kepada CMG yang terus memberikan perhatian dan sokongan sejak akhir-akhir ini. Diharapkan CMG dan Macao terus memperincikan kerjasama demi membuka lembaran baharu dalam pelaksanaan sistem “Satu Negara Dua Sistem”.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn