Xi: Bangunkan Sistem Sains dan Teknologi yang Berdikari
China perlu mempercepat langkah dalam membangunkan sistem sains dan teknologi yang berdikari ke arah yang bertaraf tinggi, dan mengintensifkan kemampuan inovatif. Di samping itu, reka bentuk keseluruhan pasaran bekalan tenaga elektrik juga perlu diperhalusi di peringkat kebangsaan, untuk mengwujudkan perkongsian dan pengagihan tenaga elektrik domestik yang berkecekapan tinggi dalam satu sistem pembekalan yang bersatu, terbuka, penuh dengan suasana persaingan yang teratur, selamat dan tadbir urusnya pantas.
Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam mesyuarat ke-22 Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China bagi memperdalam pembaharuan semalam.
Dimaklumkan, Pelan Tindakan Pembaharuan Sistem Sain dan Teknologi pada Tahun 2021 hingga 2023 serta Cadangan Mempercepat Pembangunan Sistem Pasaran Bekalan Tenaga Elektrik Bersatu Seluruh Negara telah dibahas dan dilulus dalam mesyuarat tersebut.
Sementara itu, cadangan mempertingkat pemeliharaan artifak budaya dan langkah menyokong cubaan pembaharuan Zon Contoh Inovasi Zhongguancun juga diluluskan.