Bahasa Melayu

Putin Diundang Hadir Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

CRI2021-11-24 11:50:55
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Setiausaha Penerangan Presiden Rusia, Dmitry Peskov baru-baru ini mendedahkan bahawa Vladimir Putin telah menerima surat undangan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk menghadiri upacara perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing. Maklumat selanjutnya akan diumumkan selepas perbincangan kedua-dua pihak.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar semalam menyatakan Presiden Xi pernah menghadiri upcara perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 di Sochi atas undangan pihak Rusia, maka Presiden Putin pula menerima undangan daripada rakan baiknya untuk menghadiri upacara perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing. Kedua-dua pihak sedang mengekalkan komunikasi yang rapat untuk memastikan perincian lawatan Presiden Putin ke China.

Pertemuan pemimpin negara sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk dipercayai akan mencerminkan hubungan persahabatan kedua-dua pihak yang bersemangat kejiranan. Atlet-atlet kedua-dua negara pula diyakin akan menyerlah dalam temasya sukan yang “jimat, selamat dan menakjubkan”.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn