Bahasa Melayu

Semua Venue Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Disambung Jalan Berlogo

CRI2021-11-23 15:19:24
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Dimaklumkan daripada Jawatankuasa Lalu Lintas Beijing bahawa pihaknya telah merancang menggariskan rangkaian jalan berlogo yang sepanjang 271.8 km melibatkan zon pertandingan pusat bandar Beijing dan daerah Yanqing untuk memastikan kelancaran operasi Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022.

Projek pembinaan lebuh raya berlogo Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 telah dimulakan di Beijing baru-baru ini. Mengikut jadual terbabit, 7 batang lebuh raya dalam bandar Beijing akan digariskan lorong berlogo yang dijangka akan mencatat 205.6 km.

Kerja berkenaan dijangka akan diselesaikan menjelang penghujung November ini, seterusnya kerja menambah penunjuk jalan dan menukar tanda-tanda jalan pula akan disiapkan sebelum penghujung Disember tahun ini.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn