Bahasa Melayu

Surat Tahniah Xi kepada WMS Ke-4

CRI2021-11-23 11:44:57
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Presiden China, Xi Jinping telah mengirim surat tahniah kepada Sidang Kemuncak Media Dunia (WMS) Ke-4 semalam.

Beliau menegaskan, berdepan dengan perubahan drastik situasi antarabangsa, warga media dikehendaki memikul tanggungjawab masyarakat yang kondusif untuk menunjukkan arah perkembangan zaman yang betul di samping mengumpulkan kata sepakat secara meluas. Para hadirin diharap bersungguh-sungguh membincangkan tema WMS ke-4, mengintensifkan persepakatan, berusaha memainkan peranan sebagai penyiar dalam peningkatan persefahaman di kalangan rakyat dan sebagai pendorong dalam pertukaran sosiobudaya, agar menyumbang kepada usaha mengamalkan nilai-nilai bersama umat manusia dan membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Dimaklumkan, WMS Ke-4 anjuran Agensi Berita Xinhua China telah membuka tirainya di Beijing semalam, dengan temanya "strategi pembangunan media berlatarbelakangkan penularan wabak COVID-19".

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn