Bahasa Melayu

Eropah Digesa Hormati Usaha Memelihara Kestabilan LSC

CRI2021-11-22 14:57:24
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Perkhidmatan Tindakan Luar Eropah (EEAS) mengeluarkan kenyataan semalam yang mendakwa China telah memintas dua kapal bekalan Filipina yang belayar menuju ke Ren”ai Jiao (Second Thomas Shoal) pada minggu lalu.

Sehubungan itu, jurucakap Misi China ke Kesatuan Eropah menyatakan bahawa jurucakap Kementerian Luar China sudah membuat respons yang jelas tentang perkara itu baru-baru ini. Pada sebelah malam 16 November lalu, dua kapal Filipina memasuki kawasan perairan di sekitar Terumbu Ren’ai Jiao di kepaulauan Nansha China tanpa kebenaran. Kapal pengawal pantai China mengambil tindakan di sisi undang-undang untuk memelihara keutuhan wilayah dan order maritim. Sekarang situasi di kawasan perairan Ren’ai Jiao adalah stabil, manakala China dan Filipina mengekalkan komunikasi mengenai perkara itu.

Jurucakap itu menyatakan bahawa China pernah menegaskan berulang kali tentang kedaulatan, hak dan kepentingan milik sendiri di Laut China Selatan (LCS) yang terbentuk dalam sejarah, yang terbukti selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Undang-undang Laut (LOSC).

Dengan usaha bersama-sama China dan negara-negara ASEAN, situasi LCS kekal stabil pada keseluruhannya, dan kebebasan pelayaran serta penerbangan juga terjamin. Kenyataan Kesatuan Eropah berkenaan hanya akan mengelirukan khalayak ramai, dan melahirkan pengaruh negatif terhadap kedamaian rantau ini.

China menggesa Kesatuan Eropah menghormati usaha yang dilakukan negara di perairan LCS dalam memelihara kestabilan situasi.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn