Bahasa Melayu

Kelompok Baharu Varian Omicron Dikesan di Singapura

CRI2021-12-26 15:59:55
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura(MOH) Sabtu lalu, satu lagi kelompok COVID-19 varian Omicron membabitkan 10 kes berkait The Vinyl Bar di River Valley Road dikesan di negara itu.

Kes pertama dalam kelompok adalah seorang lelaki yang tiba di Singapura pada 14 Disember dari Amerika Syarikat (AS) melalui penerbangan Laluan Perjalanan Divaksinasi (VTL), kata MOH.

Setakat Jumaat lalu, sebanyak 448 kes jangkitan varian Omicron dikesan di Singapura.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn