Bahasa Melayu

Thailand Perhebat Usaha Pencegahan dan Kawalan Terhadap Pandemik

CRI2021-12-20 14:36:46
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Timbalan Menteri Kesihatan Awam Thailand, Satit Pitutecha semalam menyatakan, pihaknya menuntut kesemua penggembara wajib menunjukkan keputusan negatif ujian asid nukleik (NAT) dalam masa 72 jam dan bukti lengkap dua dos sebelum mendaftar masuk pesawat, dan menerima pemeriksaan NAT sekali lagi setelah masuk ke negara itu.

Langkah ini diambil bagi mencegah dan mengawal dengan berkesan penularan varian virus Omicron di negara itu.

Memandangkan kerajaan Thailand mengizinkan aktiviti perayaan diadakan sempena percutian sambutan tahun baharu, serta pengaliran dan pengumpulan orang ramai mungkin akan memburukkan situasi pandemik, Kementerian Kesihatan Awam dan Kementerian Pengangkutan Thailand memutuskan bahawa semua penggembara perlu menerima ujian pengesanan pantas sebelum menaiki bas ekspres yang masa perjalanan melebihi empat jam.

Kementerian Kesihatan Awam juga menyeru orang awam meningkatkan perlindungan dalam tempoh percutian tahun baharu.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn