PM Ketuai Malaysia Hadir Sidang Kemuncak 30 Tahun Hubungan Dialog China-ASEAN
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak memperingati 30 tahun hubungan dialog China-ASEAN menerusi pautan video, esok.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, Malaysia berharap sidang itu dapat terus menggalakkan keamanan, kestabilan, keselamatan dan kemakmuran rantau serta mencapai hasil yang saling menguntungkan.