100 Sekolah Filipina Pulih Kuliah Bersemuka
Sebanyak 100 buah sekolah di Filipina memulihkan kuliah bersemuka secara percubaan bermula hari ini.
Difahamkan, semua sekolah tersebut adalah berada di kawasan berisiko rendah dijangkiti COVID-19, dan diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak.
Sekolah di Filipina telah ditutup selama 19 bulan setakat ini selepas tercetusnya wabak COVID-19.