Bahasa Melayu

Lee Hsien Loong Sarankan APEC Bantu PKS Wujudkan Transformasi Digital

CRI2021-11-11 15:23:29
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

APEC disarankan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan staf entiti ekonomi anggotanya mewujudkan transformasi digital.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Industri dan Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) hari ini.

Menurut Lee Hsien Loong, PKS merupakan 97 peratus daripada jumlah keseluruhan syarikat di entiti ekonomi APEC dengan bilangan pekerja melebihi 50 peratus. Namun, kebanyakan syarikat tersebut belum siap untuk merealisasikan transformasi digital.

Maka, beliau mencadangkan untuk menggalakkan transformasi digital dalam bidang ekonomi di pelbagai entiti ekonomi, di samping memperkasakan integrasi ekonomi dalam bidang digital serantau.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn