Singapura Rekodkan 2,553 Jangkitan Baharu COVID-19
Kementerian Kesihatan Singapura(MoH) melaporkan 2,553 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam pada Ahad lalu dan menjadikan kumulatif kes COVID-19 yang direkodkan di negara itu adalah 218,333 kes.
Sementara itu, sebanyak 17 kes kematian baharu dilaporkan dan menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 497 orang.