Bahasa Melayu

50 Peratus Populasi Thailand Akan Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19-CRI

CRI2021-09-20 15:32:32
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Ketua Pengarah, Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) Kementerian Kesihatan Thailand, Opas Karnkawinpong kelmarin menyatakan, negaranya menyasarkan kadar populasi yang menerima dos pertama vaksin COVID-19 ditingkatkan kepada 50 peratus menjelang akhir Oktober.

Menurut beliau, walaupun situasi wabak COVID-19 kian mereda di negaranya, tetapi pelbagai langkah mencegah dan mengurangkan penularan wabak yang ketat tidak dilonggarkan .

Setakat ini, jumlah vaksin diberikan mencatat 43,342,103 dosdi negara itu. Antaranya, 28,436,015 orang sudah menerima suntikan vaksin dos pertama, 14,285,995 orang pula telah lengkap dua dos dan sebahagian lagi menerima suntikan ketiga.

Opas Karnkawinpong menambah, sebanyak sejuta dos vaksin COVID-19 dirancang diberikan setiap hari mulai dari 24 September, sementara itu, suntikan dos ketiga vaksin juga akan mula diberikan.

"Kementerian Kesihatan akan berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan Thailand untuk memberikan vaksin COVID-19 lengkap kepada pelajar berusia 12 hingga 17 tahun bermula awal Oktober nanti.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn