Bahasa Melayu

Myanmar Diseru Laksana Gencatan Senjata, Fokus Tangani Pandemik

CRI2021-09-06 14:15:57
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Tentera kerajaan Myanmar dan kumpulan etnik bersenjata diseru melakukan gencatan senjata sehingga hujung tahun ini untuk menangani wabak COVID-19 dan krisis kemanusiaan di negara itu.

Seruan dibuat oleh Duta Khas ASEAN ke Myanmar merangkap Menteri Luar II Brunei Darussalam, Erywan Mohd Yusof pada Ahad.

Beliau berkata, selepas gencatan senjata dilakukan, ASEAN akan mengedarkan barang bantuan kemanusiaan kepada Myanmar pada pertengahan September, seterusnya membantu Myanmar membeli vaksin COVID-19.

Erywan turut menyuarakan hasrat untuk melawat Myanmar pada bulan ini dan agenda lawatan sedang dalam perbincangan dengan pihak Myanmar.

Sebelum ini, Erywan dilaporkan telah mengemukakan permintaan kepada pihak Myanmar untuk bertemu dengan Aung San Suu Kyi, tetapi masih belum mendapat sebarang respons.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn