Bahasa Melayu

Tindakan Politikkan Pencarian Asal Usul COVID-19 Jejaskan Inspirasi Menyelamat

CRI2021-08-05 14:20:55
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Usaha merungkai asal usul COVID-19 perlu dijalankan melalui kerjasama global berdasarkan penyelidikan sains dan fakta. Sebarang tindakan yang mempolitikkan usaha itu akan menjejaskan inspirasi menyelamatkan nyawa.

Timbalan Setiausaha Agung Sekretariat ASEAN, Kung Phoak dalam satu artikelnya yang diterbitkan di Jakarta semalam berkata, tindakan mempolitikkan dan mencemarkan langkah membendung penularan wabak COVID-19 sentiasa wujud sejak tercetusnya, bahkan menimbulkan jenayah yang berlaku akibat kebencian dan rekaan stigma.

Sebenarnya koronavirus baharu merupakan musuh bersama umat manusia. China sentiasa melakukan kerjasama rapat dengan pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa dalam usaha melawan wabak ini.

Artikel itu menyeru kehormatan diberi terhadap keputusan mengenai virus COVID-19 diklasifikasikan sebagai “sangat tidak berkemungkinan” tersebar dari makmal yang diperoleh dalam penyelidikan bersama pakar WHO dengan negara berkenaan.

Menurut artikel itu, usaha China yang dengan sedaya upaya menghulurkan bantuan vaksin kepada negara lain, walaupun perlu juga mengatasi kesukaran besar dalam menjalankan pemvaksinan kepada semua rakyat domestik, merupakan teladan sebenar yang memperlihatkan perpaduan dan persahabatan.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn