Semua Menteri Thailand Bekerja dari Rumah
Semua menteri kabinet Thailand akan bekerja dari rumah, di samping itu, mesyuarat kabinet akan diadakan secara maya bermula hari ini.
Demikian keputusan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha selepas seorang pegawai di pejabat Naib Perdana Menteri, Prawit Wongsuwan disahkan positif COVID-19 semalam.
Walaupun pegawai itu tiada kontak rapat dengan Naib Perdana Menteri, namun semua pegawai di pejabat itu dikategorikan sebagai berisiko tinggi.
Sejak gelombang ketiga COVID-19 menular di Thailand pada awal April lalu, terdapat banyak pegawai di Pejabat Perdana Menteri Thailand dijangkiti virus tersebut.