Gempa Bumi Gegarkan Perairan Selatan Filipina
Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan perairan selatan Filipina semalam. Setakat ini, masih belum ada kematian, kecederaan atau kerugian harta benda dilaporkan.
Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina, gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 5.30 petang waktu tempatan. Pusat gempa terletak di perairan sejauh 148 kilometer dari barat daya Salangani, Provinsi Davao Barat di selatan Filipina pada kedalaman 314 kilometer berdasarkan kajian awa
Difahamkan, gempa susulan mungkin akan berlaku.