Bahasa Melayu

PMI Singapura Rekodkan Tahap Tertinggi

CRI2021-04-06 14:49:03
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bagi sektor perkilangan Singapura mencatat 50.8 pada Mac lalu, terus naik berbanding 50.5 yang direkodkan pada Februari, sekali gus mencipta tahap tertinggi sejak Mac tahun 2019.

Demikian diumumkan Singapore Institute of Materials Management (SIMM) semalam.

PMI yang melebihi 50 menandakan kegiatan ekonomi yang aktif, manakala PMI yang berada di bawah 50 mencerminkan kegiatan ekonomi yang sebaliknya.

Ditinjau dari pelbagai aspek, pesanan baharu, eksport baharu, stok dan pekerjaan terus menampakkan peningkatan, dan turut mengakibatkan PMI naik pada Mac. Antaranya, indeks pekerjaan untuk kali pertama mencatat peningkatan positif dalam 13 bulan lalu.

Laporan oleh SIMM itu pula menyebut bahawa kesesakan di Terusan Suez sekali lagi mengakibatkan ketidakstabilan bagi rantaian bekalan global dan turut menimbulkan kebimbangan umum. Walaupun kesesakan itu telah reda, namun kalangan industri pembuatan Singapura percaya bahawa kesannya mungkin akan berlarutan selama beberapa bulan lagi.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn