Bahasa Melayu

Penerbangan Antarabangsa Disambung Semula di Pulau Phuket

CRI2021-04-04 15:05:08
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Kerajaan Thailand mengeluarkan rancangan baru-baru ini untuk menerima kunjungan pelancong asing bagi menghidupkan semula industri pelancongan yang terjejas berikutan penularan COVID-19.

Pulau Phuket, destinasi pelancongan yang menerima kunjungan pelancong asing paling ramai dengan jumlah pendapatan pelancongan paling banyak di negara itu turut menjadi lokasi pertama yang membuka semula pintu sempadan kepada pelancong melalui penerbangan antarabangsa dan turut menerima kunjungan pelancong kumpulan pertama semalam.

Kumpulan pelancong pertama tersebut tiba di Pulau Phuket dengan menaiki pesawat khas Thai Airways International dari Frankfurt Jerman.

Menurut maklumat, pelancong asing yang memegang bukti mengambil vaksin COVID-19 yang lengkap dan keputusan ujian pengesanan COVID-19 yang negatif akan diatur menjalani kuarantin wajib 7 hari dalam hotel, dan 10 hari untuk mereka tanpa bukti suntikan vaksin.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn