Bahasa Melayu

Fasa Kedua Vaksinasi di Indonesia Bermula

CRI2021-02-18 13:56:30
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Indonesia memulakan fasa kedua program vaksinasi COVID-19 secara besar-besaran pada Rabu, melibatkan golongan sasar seramai 38.4 juta orang.

Menerusi fasa kedua itu, seramai 16.9 juta pekerja perkhidmatan awam dan 21.5 juta warga emas dijangka menerima suntikan menjelang Mei depan.

Pekerja tersebut terdiri daripada kakitangan kerajaan, polis dan tentera, peniaga pasar, wartawan, atlet dan sebagainya.

Presiden Joko Widodo telah turun padang meninjau pelaksanaan vaksinasi di sebuah pasar pada pagi Rabu.

Pada hari sama, Sekretariat Kabinet negara itu dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 1.46 juta anggota perubatan telah menerima suntikan pada fasa pertama yang bermula pada 14 Januari lalu.

Data Kementerian Kesihatan Indonesia menunjukkan, jangkitan membabitkan warga emas berusia 60 tahun ke atas merupakan 10 peratus daripada keseluruhan kes COVID-19 di negara itu, manakala kes kematian melibatkan golongan berkenaan pula menduduki 50 peratus.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn