Bahasa Melayu

Singapura: Semua Peserta WEF Wajib Jalani NAT

CRI2021-01-06 14:15:58
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Sidang Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) atau yang dikenali sebagai Forum Davos akan diadakan di Singapura pada Mei tahun ini. Para peserta akan diwajibkan untuk menjalani ujian asid nukleik (NAT) sebelum berlepas dan selepas tiba di negara itu.

Demikian dikatakan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura merangkap Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia, Alvin Tan Sheng Hui semalam.

Selain itu, kontak antara peserta asing dengan penduduk tempatan akan dielakkan bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19.

Alvin Tan menjelaskan, sidang tahunan WEF diadakan di Singapura adalah untuk menumpukan lebih banyak perhatian kepada Asia yang memainkan peranan kian penting dalam ekonomi global.

Menurut jadual sebelum ini, sidang tahunan WEF akan diadakan di Davos pada Januari. Oleh sebab penularan wabak Covid-19 masih serius di Eropah, WEF memutuskan untuk mengadakan sidang itu di Singapura pada Mei nanti.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn