Helikopter Tentera Terhempas di Selatan Filipina
Sebuah helikopeter tentera Filipina terhempas di provinsi Lanao del Sur, selatan negara itu petang Khamis dan mengakibatkan seorang askar maut dan empat lagi cedera termasuk juruterbang.
Tentera Filipina menghantar sebuah helikopter UH1H untuk memindahkan empat askar yang mengalami kecederaan dalam letupan apabila mereka menjalankan misi memusnahkan peralatan letupan di Lanao del Sur. Nanum helikopter itu terhempas tidak lama selepas berlepas, di tempat kira-kira 350 meter dari lokasi letupan tersebut.
Punca kemalangan sedang disiasat.