Bahasa Melayu

7 Anggota Abu Sayyaf Ditembak Mati

CRI2020-11-04 12:46:59
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Tentera kerajaan Filipina merampas sebuah bot milik militan Abu Sayyaf di kawasan perairan sekitar provinsi Sulu, selatan negara itu awal pagi semalam. 7 anggota militan ditembak mati dalam operasi tersebut.

Tentera kerajaan memperoleh maklumat yang menyatakan sekumpul anggota Abu Sayyaf berniat melakukan tindakan menculik di Pulau Mindanao. Oleh itu, pihak tentera menghantar helikopter dan kapal penyerang untuk memintas percubaan itu.

Militan Abu Sayyaf yang ditubuhkan pada awal 1990-an selaku aktif di kawasan selatan negara itu. Mereka kerap kali mencetuskan serangan atau tindakan menculik dan bersumpah setia kepada kumpulan militan Daesh. Anggotanya kira-kira 300 hingga 400 orang pada masa ini.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn