Lombong Batu Jed Runtuh di Myanmar
Sebuah lombong batu jed runtuh di Hpakant, Kachin Myanmar pada pukul 5.00 petang Isnin waktu tempatan, mengakibatkan seorang pekerja maut, seorang lagi cedera. Menurut saksi, hujan turun mungkin sebabnya timbunan tanah setinggi 15 meter runtuh di tempat kejadian.
Difahamkan, kejadian tanah runtuh yang paling teruk di Myanmar berlaku di kawasan Hpakant pada 2 Julai lepas, mengakibatkan 174 orang maut, 20 lagi hilang.