400 Polis Myanmar Jangkit COVID-19
Menurut pihak polis Myanmar, kes positif COVID-19 dalam golongan anggota polis khas yang berkhidmat untuk pilihan raya yang bakal diadakan pada November menghampir 400 orang setakat malam semalam. Kesemua jangkitan itu dikesan ketika latihan berkaitan pilihan raya diadakan, namun kebanyakan kursus latihan masih belum ditutup.
Difahamkan, lebih 40 ribu anggota polis khas ditugaskan dalam pilihan raya di negara itu. Mereka mengikuti latihan bagi tugas menjaga keselamatan dan kawalan tatatertib.