Bahasa Melayu

Album Peringatan Ikatan Diplomatik Singapura-China

CRI2020-10-04 11:50:43
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Majlis pelancaran album foto memperingati ulang tahun ke-30 ikatan diplomatik Singapura-China diadakan di Singapura semalam. Menteri Negara Kanan Kementerian Luar dan Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat menghadiri majlis tersebut.

Album yang bertajuk "Jejak Pengasas: 30 Tahun Ikatan Diplomatik" itu mengumpul 130 gambar sejarah yang memaparkan sumbangan pemimpin generasi terdahulu untuk mengembangkan hubungan dua hala.

Chee Hong Tat menyatakan, hubungan baik kedua-dua negara bertambah mantap selepas dugaan semasa diharungi bersama-sama dalam 30 tahun yang lalu. Sejak tercetusnya pandemik Covid-19 tahun ini, China dan Singapura saling menyokong. China menyediakan barang perubatan yang sangat diperlukan kepada Singapura yang membuktikan sahabat yang boleh percaya dan bergantung.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn