Bahasa Melayu

Pemuda Uygur Kumpul RMB1 Juta, Buka Kilang Naan

CRI2021-01-07 19:54:12
Share
Share this with Close
Messenger Pinterest LinkedIn

Ailijiang Abdul Aini, 29, berjaya membuka kilang membuat roti naan setelah berpenat-lelah mengumpul wang simpanan sendiri sebanyak RMB1 juta (RM 620,000) selama 12 tahun.

Tatkala pemuda-pemudi lain yang seusia dengannya sibuk untuk memilih hala tuju kehidupan selepas tamat persekolahan, Ailijiang yang pada ketika itu berumur 17 tahun terus bekerja sebagai pembuat roti naan.

“Kemahiran saya dalam membuat roti naan adalah diwarisi daripada ayah saya yang juga seorang pembuat roti naan terkenal di sini.”

“Beliau merupakan antara inspirasi saya untuk membina perusahaan ini”, ujar pemuda yang juga pemilik kepada Syarikat Pembangunan Inovasi Kebudayaan Roti Naan Meiyu Berhad itu.

Menurut pemuda yang berketurunan Uygur itu, impiannya untuk membuka sebuah kilang berjaya direalisasikan pada tahun 2018, dengan menelan modal sebanyak RMB3 juta (RM 1.86 juta).

“Selain mengumpul dari hasil titik peluh sendiri, saya turut menerima sumbangan RMB2 juta (RM1.2 juta) oleh Kumpulan Syarikat Lapangan Terbang Xinjiang Berhad sebagai pelaburan terhadap bisnes ini”, tambah Alijiang yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

Alijiang juga berkata, beliau berasa gembira dengan pembukaan kilang membuat roti naan tersebut kerana impiannya untuk membantu penduduk setempat yang miskin juga akhirnya tercapai.

“Setelah kilang roti naan ini dibuka, saya dapat membuka peluang pekerjaan kepada 91 orang kakitangan, termasuk 64 orang yang terdiri daripada keluarga miskin.”

“Tentang gaji bulanan pula, bagi tukang masak lelaki adalah sebanyak RMB5,000 (RM 3,100), manakala bagi kakitangan wanita (bekerja sebagai penyedia bahan membuat roti naan) pula memperoleh antara sekitar RMB2,500 (RM 1,550) hingga RMB3,200 (RM 1,984) bergantung kepada kesukaran tugas”, ujar Alijiang lagi.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu bahawa kilangnya mampu menghasilkan kira-kira 15 ribu keping roti naan dengan 15 jenis termasuk naan biasa, naan berintikan bunga mawar, dan naan berintikan walnut.

“Kesemua roti naan ini kemudiannya akan dipasarkan ke Urumqi (Ibu Kota Xinjiang), Hotan dan sesetengah bandar di luar wilayah Xinjiang seperti Beijing, Tianjin, Shanghai dan Guangzhou.

“Selain itu, terdapat gerai yang menjual roti naan ini di 10 buah lapangan terbang”, ujar Alijiang.

Beliau berkata, nilai penjualan tahunan roti naan itu boleh mencatat sekitar RMB8 juta (RM 4.9 juta) hingga RMB12 juta (RM 7.4 juta) dengan keuntungan bersih mencapai RMB600 ribu (RM361 ribu) hingga RMB1 juta (RM620 ribu) setahun.

Ketika diminta berkongsi perancangan perusahaannya untuk masa depan, Alijiang memberitahu bahawa beliau bercita-cita besar untuk melebarkan sayapnya dengan mengembangkan pemprosesan roti naan dan memasarkannya ke merata tempat seluruh China, selain membuka gerai jualan di semua lapangan terbang di China.

Share this story on

Messenger Pinterest LinkedIn