Sekolah Menengah Vokasional Xunhua Utamakan Pelajar Miskin
Dalam sekolah vokasional, pelbagai kursus ditawarkan, antaranya termasuk bahasa Arab, melukis, memasak, menyulam, membaiki kenderaan, pendidikan prasekolah, perkhidmatan pelancongan dan sebagainya. Kurikulum juga dikemas kini atau diubahsuai dari semasa ke semasa untuk menjamin pelajarnya menguasai kemahiran berdasarkan keperluan masyarakat.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2007, seramai lebih 3,000 pelajar telah menamatkan pembelajaran peringkat sekolah menengah vokasional di sini, dan kadar pengambilan pekerjaan mencatat 98%.