Petani Xinjiang Lonjak Pendapatan Menerusi Pic

Ladang buah pic seluas lebih 2,000 hektar di kaunti Shufu, kawasan Kashgar Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang memasuki musim tuai baru-baru ini.

Di sebalik gambar kesibukan kaum tani mengerjakan pic di ladang ini adalah kisah kejayaan para petani yang kini berjaya meningkatkan pendapatan masing-masing.

Hasil daripada usaha mempertingkatkan mutu dan jenis buah pada tahun-tahun kebelakangan ini, buah tersebut semakin laris dijual selain membuka peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.