Umat Islam Qinghai Derma Sumbangan Bantu Mangsa Bencana Salji
Sejak memasuki musim sejuk, kawasan Yushu di provinsi Qinghai dilanda bencana salji beberapa kali. Bencana itu telah menjejaskan kehidupan penduduk tempatan.
Ketika solat Jumaat pada 1 Mac lalu, Persatuan Islam Qinghai mengadakan aktiviti pendermaan sumbangan bagi membantu mangsa di kawasan Yushu. Persatuan itu telah mengumpulkan derma berupa wang lebih RMB775.4 ribu (RM484.6 ribu) untuk Yushu.