Bahasa Melayu

Tips Melawat Chimelong Ocean Kingdom

CRI2017-05-16 16:41:46

Chimelong Ocean Kingdom terletak di bandar Zhuhai, provinsi Guangdong, selatan China.

Pelancong boleh melihat pelbagai hidupan laut, menonton persembahan menarik dan mencuba pelbagai permainan dan hiburan yang berprestij di dunia.

Taman tersebut sesuai untuk seisi keluarga, dikunjungi bersama-sama dengan pasangan atau lawatan secara solo.

Terdapat beberapa tips jika hendak melawat ke Chimelong Ocean Kingdom.

Oleh sebab taman tersebut agak besar, ada kalanya masa tidak mencukupi. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk memilih beberapa destinasi mengikut kesukaan anda.

Editor kami telah menyenaraikan beberapa destinasi menarik berdasarkan pengalaman mereka.

Tiga persembahan menarik: Persembahan ikan paus putih, persembahan ikan lumba-lumba dan persembahan singa laut.

Galeri: ikan paus dan ikan yu, ikan paus putih, manati, beruang kutub dan penguin.

Pengangkutan:

Jika mahu mengunjungi taman itu dengan bas, anda boleh menaiki bas yang bernombor K10. Bas terakhir adalah pada pukul 8.30 malam.

Pertunjukan bunga api diadakan pada pukul 8.00 malam setiap hari. Pelancong boleh menonton persembahan itu sebelum menaiki bas terakhir.

Waktu Lawatan:

Pelawat memerlukan sekurang-kurangnya tujuh jam untuk mencuba semua permainan dan hiburan.

Jika melawat ke taman itu pada hari cuti umum, anda mungkin perlu berbaris lebih lama.

Tiket:

Harga tiket ialah RMB350 (RM220) jika dibeli terus di kaunter tiket. Selain itu, tiket juga boleh dibeli secara dalam talian pada harga RMB325 (RM204).

Pakaian:

Pelancong digalakkan memakai pakaian dan kasut sukan jika ingin menaiki roller-coaster.

Anda boleh membawa satu beg kecil untuk menyimpan wang, telefon bimbit dan air. Bayaran untuk menyimpan beg dalam taman itu ialah RMB30 (RM18.87).

Close
Messenger Pinterest LinkedIn