Hidangan Sarapan Pagi Seindah Lukisan
CRI2018-03-07 11:16:13
Shang Lei yang bertugas sebagai pensyarah universiti selalu menghidangkan sarapan pagi yang berkhasiat yang direka bentuk secara kreatif untuk anak lelakinya yang cerewet dalam hal makan.
Akhirnya, anak Shang yang tertarik oleh sarapan pagi yang kreatif yang disiapkan oleh ibunya pada setiap hari berjaya menghilangkan tabiat cerewet makan secara beransur-ansur. Kadang-kala, dia sudi membantu ibunya untuk memasak sarapan pagi yang penuh kasih sayang.