Bahasa Melayu

Ayam Kung Pao

cri2018-02-08 14:29:54

Menurut cerita, resepi “Ayam Kung Pao” mendapat namanya pada zaman pemerintahan Maharaja Guangxu, Dinasti Qing. Nama "Kung Pao" diambil sempena nama Ding Baozhen, seorang yang ternama ketika itu. Ding Baozhen berasal dari Provinsi Guizhou. Ketika memegang jawatan sebagai Gabenor Provinsi Sichuan, beliau berusaha memperbaiki sistem pengairan di Dujiangyan untuk membantu penduduk tempatan mencegah bencana banjir. Beliau dianugerahi gelaran "Tai Zi Shao Pao" hasil sumbangan yang besar itu. "Tai Zi Shao Pao" ialah salah satu gelaran anugerah dari kumpulan "Kung Pao". Ding Baozhen sangat suka makan ayam dadu goreng. Oleh itu, untuk memperingati jasa Ding Baozhen, penduduk tempatan menamakan resepi ayam dadu goreng sebagai "Ayam Kung Pao".

Bahan:

Daging ayam yang dipotong dadu 2x2 sm, kacang tanah, minyak bijan, halia yang dicincang halus, cabai kering, sos tomato, gula, sos tiram, daun bawang dipotong sepanjang 2 sm, bawang putih yang dicincang kasar, lada hitam ditumbuk kasar, minyak masak untuk menumis.

Cara memasak:

1. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.

2. Masukkan daging ayam, kacau hingga masak.

3. Tambahkan daun bawang dan perencah lainnya. Kacau rata.

4. Masukkan air, cabai kering dan minyak bijan, dan biarkan mendidih.

5. Biarkan hingga kuah pekat.

6. Angkat. Bubuh dalam piring dan sajikan.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn