Bahasa Melayu

Roti Shizi (Batu)

CRI2018-02-05 14:44:55

"Roti Shizi" merupakan sejenis roti yang sangat popular di provinsi Shanxi dan kawasan bahagian tengah China. Roti tersebut bukan sahaja sedap dimakan, tetapi mengandungi zat pemakanan yang baik. Selain itu, roti ini tahan disimpan lama. "Shizi" bermaksud batu dalam bahasa Mandarin. Roti Shizi diberikan nama ini disebabkan cara memasaknya yang unik.

Adunan tepung untuk menghasilkan roti ini yang telah diuli dengan sempurna, diletakkan di atas batu yang panas hinggalah ia masak.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn