Warisi Teknik Lukisan Tradisional
CRI2021-10-17 17:10:01
Yao Shulong, tukang lukis yang aktif di kalangan rakyat di bandar Shijiazhuang, provinsi Hebei. Sejak kecil lagi iaitu pada usia enam tahun, beliau pernah tertarik oleh mural yang terpampang pada dinding dalam Kuil Pilu. Sejak tahun 2006, beliau mulai menyelidikkan teknik lukis tradisional untuk menghasilkan mural dan telah berjaya menyalin mural simpanan kuil tersebut seluas lebih 200 meter persegi menurut saiz asalnya. Serentak itu, beliau juga aktif mempromosikan teknik lukis tradisional melalui penganjuran pameran, seminar di sekolah dan kursus latihan secara percuma.