Kraf Tangan Etnik Miao Bantu Basmi Kemiskinan
CRI2019-03-11 10:16:11
Laojiazhai terletak di kampung Xionglong, kaunti Fenghuang, Daerah Autonomi Tujia dan Miao, provinsi Hunan.
Pada Julai tahun lepas, penduduk Laojiazhai yang dipindahkan ke kawasan lain mula menceburkan diri dalam bidang pelancongan menerusi teknik kraf tangan.
Secara tidak langsung, penduduk tempatan berjaya mengeluarkan diri dari belenggu kemisikinan selain mewarisi teknik tradisional turun-temurun tersebut.
Pada penghujung 2018, statistik mencatatkan 261 penduduk yang terdiri daripada 61 buah keluarga berjaya keluar dari kepompong kemiskinan.