Manzhouli, Bandar Sempadan yang Menarik
CRI2018-10-08 11:35:49
Bandar Manzhouli, Wilayah Autonomi Monggolia Dalam terletak di kawasan sempadan antara China dengan Rusia. Sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan, Manzhouli yang bergantung pada kelebihan geografinya telah berkembang menjadi pintu keluar masuk bagi pengangkutan darat yang paling besar di China. Lebih 60% perniagaan pengangkutan darat antara China dengan Rusia dijalankan melalui pintu keluar masuk Manzhouli. Ekonomi yang berkembang maju turut memperbaiki wajah bandar dan persekitaran kediaman penduduk di samping menambah daya tarikan kepada bandar ini.